Jumaat, 5 Oktober 2012

Lawatan ke Kuala Lumpur dan Program Usahawan Bistari 2012


Kuala Lumpur/Putrajaya - Pada 28 dan 29 September 2012, Sk Pogoh telah berpeluang untuk melawat ke Kuala Lumpur dan Putrajaya sempena Karnival Bistari 2012 dan pelancaran KFC QU Card anjuran Johor Corporation (JCorp). Program lawatan ini dianjurkan untuk peserta Projek Tuisyen WANCorp yang terpilih bagi setiap Daerah di negeri Johor. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata secara tidak langsung usaha itu turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Beliau berkata, program keusahawanan bistari turut mampu membentuk minat kepada bidang tersebut dalam kalangan pelajar, seterusnya berupaya melahirkan lebih ramai usahawan berpotensi dan modal insan berkualiti pada masa hadapan. 

Pada 28 September 2012, murid-murid SK Pogoh seramai 24 orang bersama 5 orang guru pengiring  terlebih dahulu telah dibawa melawat ke Tugu Negara dan singgah bersolat di Masjid Negara. 

Seterusnya murid-murid di bawa ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara. Di sana, murid-murid telah didedahkan dengan sejarah mata wang negara dari dahulu hingga sekarang.

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara
                                   

Murid-murid turut berpeluang ke Menara Berkembar Petronas. Dari Masjid Negara kami bertolak ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara  sebelum dibawa ke Menara Berkembar Petronas. Murid-murid begitu teruja dan banyak foto yang sempat dirakamkan. 

Perkarangan Menara Berkembar Petronas

Pada 29 September murid-murid Sk Pogoh telah dibawa ke Putrajaya dimana berlangsungnya Karnival Bistari 2012. Kami bersarapan di Perbadanan Putrajaya dan di bawa mengelilingi sekitar kawasan Putrajaya.Selepas itu murid-murid berpeluang untuk melihat Masterchef Selebriti Dato' Dr. Fazley Yaakob secara dekat menerusi Forum Keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Johor Corp.  

Pada majlis itu, Muhyiddin turut melancarkan kad QU KFC, kad prabayar dengan ciri unik yang memudahkan proses transaksi dengan pembelian produk KFC dan transaksi dalam talian. 
Kad reload RM20 yg kami dpt percuma tiap seorang
Lunch bersama TPM yang ditaja oleh KFC

Terima kasih kepada Johor Corporation kerana menaja lawatan ini dan menyediakan penginapan serta pengangkutan.juga kepada barisan guru pengiring yang banyak memberikan kerjasama menyelia murid-murid. Insyaallah tahun depan jika ada rezeki kita pergi lagi....