Kuala Lumpur/Putrajaya - Pada 28 dan 29 September 2012, Sk Pogoh telah berpeluang untuk melawat ke Kuala Lumpur dan Putrajaya sempena Karnival Bistari 2012 dan pelancaran KFC QU Card anjuran Johor Corporation (JCorp). Program lawatan ini dianjurkan untuk peserta Projek Tuisyen WANCorp yang terpilih bagi setiap Daerah di negeri Johor.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata secara tidak langsung usaha itu turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Beliau berkata, program keusahawanan bistari turut mampu membentuk minat kepada bidang tersebut dalam kalangan pelajar, seterusnya berupaya melahirkan lebih ramai usahawan berpotensi dan modal insan berkualiti pada masa hadapan.
Seterusnya murid-murid di bawa ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara. Di sana, murid-murid telah didedahkan dengan sejarah mata wang negara dari dahulu hingga sekarang.
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara |
Murid-murid turut berpeluang ke Menara Berkembar Petronas. Dari Masjid Negara kami bertolak ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara sebelum dibawa ke Menara Berkembar Petronas. Murid-murid begitu teruja dan banyak foto yang sempat dirakamkan.
Kad reload RM20 yg kami dpt percuma tiap seorang |
Lunch bersama TPM yang ditaja oleh KFC Terima kasih kepada Johor Corporation kerana menaja lawatan ini dan menyediakan penginapan serta pengangkutan.juga kepada barisan guru pengiring yang banyak memberikan kerjasama menyelia murid-murid. Insyaallah tahun depan jika ada rezeki kita pergi lagi.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan